Monday 16 December 2013

Info Berkaitan Sauna

ni artikel berkaitan mandi sauna......

SAUNA mungkin menjadi tarikan utama pengunjung di hotel, spa atau pusat kesihatan yang dahagakan sensasi kenikmatan bersifat menenang dan mendamaikan jiwa.

Ada yang menjadikan sauna sebagai lokasi rawatan alternatif untuk mengurangkan berat badan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

Manfaat lain yang diperoleh antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

Malah, kulit lebih segar hasil daripada wap air dari bilik sauna manakala otot menjadi kendur usai menikmati aktiviti tersebut.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’

Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit.

Namun, tanpa disedari mandian sauna juga mempunyai kesan sampingan yang tersendiri sama ada dari sudut dalaman badan mahupun luaran.

Hakikatnya, suhu bilik sauna sebenarnya boleh mencecah sehingga 100 darjah selsius dan kesannya akan mengakibatkan suhu kulit meningkat sehingga 40 darjah selsius.

Mekanisme badan bertindak balas dengan berpeluh secara cepat dan banyak manakala jantung berdegup semakin laju.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, peningkatan kadar denyutan jantung yang melampau boleh mengakibatkan bahana kepada pesakit yang tidak biasa dengan mandian sauna.

Jelasnya ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini, suhu tinggi akan menyebabkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit membesar dan tekanan darah akan menurun secara mendadak.

Fenomena ini menyebabkan jumlah kandungan air berkurang akibat perpeluhan melampau. Pada satu peringkat, seseorang itu akan mengalami tekanan darah terlalu rendah sehingga menyebabkan pening dan pitam.

“Elak mandian sauna jika ada penyakit jantung koronari, penyakit lemah jantung dan injap jantung sempit,” nasihatnya.

Tambah Haizal lagi, simptom awal seperti kulit kelihatan kemerahan merupakan petanda pengaliran darah dalam badan berkurangan.

“Ini kerana pengaliran darah di kulit meningkat sebanyak 70 peratus daripada jumlah pengeluaran darah jantung,” ujarnya yang menyarankan individu penghidap komplikasi jantung berbincang dengan pakar sebelum bersauna.

Menurut pakar perunding masalah kulit dan dermatologi Pusat Perubatan Pantai, Dr. Steven Chow pula, pengguna sauna yang mempunyai masalah kulit perlu mengelak daripada menggunakan kemudahan sauna.

Radang

“Kulit manusia tidak mempunyai kefungsian suhu dan perpeluhan yang normal, akibatnya tindak balas individu akan berbeza-beza,” katanya yang menyatakan pesakit masalah kulit akan mengalami sensasi seumpama terbakar apabila bersauna.

Kulit juga akan menjadi kekeringan, menggelupas dan kurang selesa kepada persekitaran biasa selepas aktiviti bersauna.

“Apabila suhu persekitaran badan meningkat, badan kita perlu menambahkan jumlah tenaga haba untuk dikeluarkan melalui pertambahan jumlah peredaran darah ke permukaan kulit badan,” jelasnya mengenai proses peningkatan peluh bertujuan menyejukkan badan.

Saranan Steven, pesakit yang mempunyai masalah kulit perlu memakai krim yang mempunyai kesan melembapkan bagi mengelak kerengsaan ketika bersauna.

Selain itu tegasnya, individu yang mempunyai masalah sama juga digalakkan agar mencari jalan alternatif lain untuk bersantai bagi tujuan terapi fizikal.

Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Dr. Ismail Thamby mengakui mandian sauna berupaya melancarkan perjalanan darah di samping menyegarkan badan.

Kesuburan

Bagaimanapun katanya yang dihubungi Jurnal baru-baru ini, tahap kepanasan yang melebihi paras tertentu berupaya menjejaskan kualiti kesuburan lelaki.

“Jika tahap kepanasan melebihi 35° Celsius, kilang sperma tergendala dan pemprosesan sperma juga akan turut tergendala.

“Kesannya, sperma yang aktif menjadi kurang akibat terdedah kepada kepanasan yang terlampau,” ujarnya.

Saranan Ismail, lelaki yang mempunyai masalah sperma dari segi kualiti dan bilangan sperma ditegah daripada bersauna.

“Jika pendedahan ini ketara dan untuk jangka masa lama, sudah tentu akan mengambil masa untuk kilang sperma pulih.

“Lebih baik elakkan mandian sauna sama sekali jika berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata,” nasihatnya kepada lelaki yang akan berkhawin dalam masa yang terdekat.

Ketua Pengarang penerbitan Harvard Men’s Health Watch di Universiti Perubatan Harvard, Dr. Harvey Simon berkata, masih kurang bukti sahih yang menyatakan bahawa mandian sauna boleh memberi faedah berpanjangan kepada kesihatan pengguna.

“Jika mandian sauna tidak menjejaskan kesihatan penggunanya maka tiada halangan untuk melakukan aktiviti ini, sebaliknya bagi individu yang mempunyai komplikasi jantung amalan ini mungkin boleh mengundang bahaya,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pesakit yang mempunyai penyakit tekanan darah lemah, denyutan jantung tidak stabil dan saluran pembuluh darah kecil dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti mandian sauna.

Harvey juga menyarankan supaya pesakit yang mempunyai masalah jantung sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menggunakan sauna.

Sementara itu, menurut Persatuan Sauna Finland, individu yang perlu mengelakkan bersauna adalah mereka yang demam atau mempunyai penyakit dan kecederaan yang berisiko untuk berjangkit.

“Individu yang mempunyai penyakit yang berpotensi untuk berjangkit dengan individu lain perlu mandi menggunakan sauna peribadi,” saran persatuan tersebut selain tidak menggalakkan peminum alkohol menggunakan sauna.

credit to: kosmo online

Sauna

Info berkaitan SAUNA.

1. Fungsi terbesar membantu menyahtoksin dari badan melalui peluh.Komposisi peluh biasa= 97 peratus air dan hanya 3 peratus air
Komposisi peluh dengan FIR = 80 peratus air dan 20 peratus toksin
Toksin yang dikenal pasti adalah = logam berat seperti Cadmium, plumbum, copper, racun perosak, Raksa ( Tinggi untuk pengemar makanan lautan ) dan uric acid.
Dalam dunia sains Kulit adalah buah pinggang ke 3.


2. Membantu melancarkan Aliran Darah.Sinaran FIR akan menembusi sehingga 4cm ke dalam tubuh memanaskan tisu dan menyebabkan tindakbalas physiologi pertambahan aliran darah ke saluran darah yang terbuka dan secara tidak langsung melancarkan darah ke ektremiti ( hujung kaki dan tangan ). Meningkatnya pegaliran darah boleh membantu mengatasi masalah radang seperti radang sendi, mempercepatkan proses penyembuhan.


3. Membantu mengurangkan bert badan.Setiap 30 minute didalam FIR sauna akan membakar sehingga 600 kalori= berlari sejauh 8 km.
Lemak akan menjadi larut pada suhu peripheri dan dinyah dari badan melalui kulit. Pengunaan FIR sauna yang berterusan + diet yang baik+ motivasi yang tinggi dan mungkin bantuan program diet seperti JUSMATE 5 akan membantu anda mengurangkan berat badan anda dengan kadar yang sihat.


4. Membantu Sistem KardioVascular
Tindakbalas badan ke atas FIR sauna adalah sama secara physiology seperti tindakbalas kepada aktiviti senaman. Peningkatan degupan jantung, pengaliran darah yang lebih baik terutamanya ke ekstremiti, kulit dan organ dalaman. Tetapi diingatkan bahawa SAUNA tidak boleh menganti kebaikan melakukan aktiviti senaman berkala anda.


5. Dapatkan KULIT yang sihat.Semasa berpeluh liang roma akan terbuka dan seterusnya membuang kekotoran, minyak dan kulit mati. Ini secara langsung membantu kulit mengurangkan parut dan jerawat. Dalam perubatan moden FIR digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan psoariasis.


6. Mengurangkan masalah selulit.
Sinaran FIR mampu menembusi sehingga 4 sm ke bawah kulit dan boleh memecahkan lemak selulit dan seterus lemak ini akan dinyahkan bersama-sama peluh.


7.Mengurangkan tekanan dan CFS.Kajian dari Barat menunjukkan kesan positive therapy FIR SAUNA untuk mengurangkan masalah tekanan perasaaan dan CFS ( Chronic Fatigue Syndrome )= syndrom keletihan tanpa diketahui sebab sebenarnya.