Sebahagian wanita 
mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita 
lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT 
terhadap mereka. 
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal 
laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi 
banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari 
suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe 
pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab 
bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki 
dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan 
rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak 
carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita 
perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada 
isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang 
boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? 
Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada 
haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat 
dan puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela 
kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman 
wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki 
pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada 
wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di 
bawah.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang 
mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan 
terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan 
lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan 
itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa 
akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah 
pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali 
muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya 
berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya 
jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada 
suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali 
lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu 
lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami 
kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita 
menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang 
hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. 
jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia 
perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri 
dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah 
jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap 
kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! 
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu 
mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai 
orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai 
ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta 
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu 
saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di 
akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, 
ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam 
lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh 
masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula 
hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, 
menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja 
asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, 
seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada 
Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi 
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Allah SWT; sebagai 
Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha 
Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang 
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta 
manusia.
 
 
No comments:
Post a Comment