Tuesday 9 July 2013

Pantang larang semasa berpuasa

Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa:-

1) Disiplin Fizikal – menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.

2) Disiplin Spiritual (Rohani) – menahan diri dari perbuatan keji seperti bergaduh, melihat perempuan ajnabi dan:-
a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat,Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”Begitu juga dalam menjaga mulut dari menyanyi selain dari memuji Allah, Nabi, syurga dan perkara yang baik sahaja. Hukum nyanyian sama dengan percakapan, apa yang dibenarkan dalam percakapan itulah yang dibenarkan dalam nyanyian. Nyanyian yang dibenarkan ulama-ulama terdahulu adalah nyanyian tanpa muzik.
b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang
c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik.
d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, pergi ke tempat maksiat. Ulama feqah mengatakan sah puasa jika jaga disiplin “fizikal” sahaja, tapi tiada pahala. Lagipun Nabi menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa.Puasa yang rugiRamai orang puasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)
Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk. Oleh itu hendaklah mengawal diri dari melakukan perkara yang keji semasa berpuasa.PerjuanganOleh itu berjuanglah untuk menjagalah semua disiplin-disiplin dibulan Ramadahan, selain dari makan, minum, seks, jagalah lidah, mata, telinga, anggota lain dari perkara yang sia-sia agar kita mendapat rahmat (10 Ramadhan pertama), keampunan (10 Ramadhan kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 Ramadhan terakhir)

No comments:

Post a Comment